Hari yang ketiga untuk trip GOP ini bermula. Bangun je pagi, rasa best je. Suhu badan dihangatkan dengan bantuan heater. Mulanya ingatkann aircond, heater rupanya. Haha. After dah bersiap-siap, kami semua bergerak ke stesen Asakusabashi. Kak Tim dah menunggu di sana. Then, kami beli tiket untuk ke Ueno.
 |
Bergambar di hadapan Anne Hostel. |
 |
Ramai yang menggunakan perkhidmatan tren. Cepat dan efisyen. |
 |
Kaunter tiket pun banyak. Tak perlu nak beratur panjang. |
 |
Semuanya beratur. Disiplin! |
Sampai di Ueno, kami menunggu kedatangan Kak Fatin pulak. Sambil-sambil tu, sempat jugak la bergambar kat stesen ni. Stesen ni agak besar berbanding dengan stesen-stesen yang lain. Siap ada shopping complex kat stesen ni. Haa. ada kedai Hard Rock. Lia ade pesan suruh belikan t-shirt. Tapi kedainya tak bukak lagi. Jap lagi lah aku beli. After tersesat seketika, kami teruskan perjalanan ke Tokyo National Museum. Macam biasalah kalau dah nama muzium, confirm la banyak artifak kat dalam tu. Tapi muzium ni sangat cantik. Tamannya bersih. Bangunannya tersergam indah.
 |
Suasana di stesen Ueno. |
 |
Real sakura tree. |
 |
Segan gila masa ambil gambar ni. Semua orang pandang. Hahaha. |
 |
Sebelum sampai ke Tokyo National Museum, anda akan melalui sebuah taman. Cantik! |
 |
Pandang belakang terus. Hahahaha. |
 |
Lompat, jangan tak lompat! |
 |
Harga tiket untuk masuk ke muzium, 400 Yen. |
 |
The main building of the museum (Honkan - Japanese gallery) |
 |
The other building of the museum. Hyokeikan - (Asian gallery) |
 |
Picture with some Japanese who works there. |
 |
Kami ni memang suka bergambar. Hehehe. |
Lepas dah tengok artifak dan segala apa yang ada dalam muzium ni, kami masing-masing lepak di laman muzium sementara menunggu waktu makan tengahari. Memang kami habiskan masa dengan bergambar, sebab dah tak tau nak buat apa.
 |
Masing-masing tengah tahan sejuk. Sayyidi je bajet panas. Hahaha. |
 |
With Haffiz and Dr. Yahya |
 |
Delegasi UTM ke Tokyo National Museum. |
 |
Di hadapan Hyokeikan. |
 |
Style kan? |
 |
Dr. Yahya yang ajak Japanese tu untuk bergambar. Boleh tahan jugak Dr. Yahya ni. |
 |
Kalau dah takde kerja, ni la jadi nya. Hahaha. |
 |
Yang retak tu, bukan sebab saya ni berat ye. |
Sampai waktu makan, kami untuk santap je la bekal yang dah dimasak pagi tadi. Bihun Goreng.
 |
Telan je. Sedap ke tak, tu belakang kire. Haha. |
Kemudian, kami bergerak semula ke stesen Ueno. Dalam perjalanan, macam-macam jugak perkara yang berlaku. Bergambar dengan ikan paus, sesat sekejap & alamak, lupa dah. Takpe lah, biar gambar-gambar di bawah ni menceritakan pengalaman aku.
 |
Malu bertanya, sesat jalan. |
 |
Boleh pulak ada ikan paus kat bandar ni. |
 |
Belakang tempat kami duduk tu kolam air. Nasib la tak jatuh ke belakang. Dah la licin tempat duduk tu. |
 |
Peace yaww! |
No comments:
Post a Comment