After dah selesai dinner, kami semua bosan. Tak tau nak buat ape. Nak online, PC kat hostel ni ade 3 je. Nak tengok TV, bukannye faham bahasa Jepun. So, Daud decide pegi pusing-pusing kat area hostel ni. Keluar je dari hostel, alahai, rasa nak masuk hostel balik. S E J U K ! ! Takpe lah, gagahkan diri, kuatkan mental. Kami semua (lelaki sahaja) yang keluar malam tu.
Dari observation saya, malam di Malaysia jauh bezanya dengan malam ni Jepun. Kalau di Malaysia, banyak warung-warung dibuka di tepi jalan tetapi jauh berbeza dengan di Jepun, tiada satu pun warung yang dibuka di tepi jalan. Sekecil mana [un perniagaannya, mesti di dalam bangunan. Tak mustahil la negara ni bersih.
Kerja-kerja penyelenggaraan jalan pun dibuat pada waktu malam sebab tak nak ganggu trafik pada waktu siang. Orang yang repair jalan ni sangat smart. Ada uniform, pakai safety helmet. Kagum dengan disiplin mereka. Malaysia? selekeh! Jalan punya jalan, rupa-rupanya, temple yang kami pergi pagi tadi dekat je dengan hostel. Aduh, rugi duit sebab naik tren. Dalam peta nampak macam jauh, dekat je rupanya. Macam-macam tempat kami singgah. Orang Jepun kelihatan baru pulang dari kerja, dan mereka terus serbu kedai-kedai makan hanya sebab nak minum sake (arak Jepun). Takde apa sangat yang menarik malam tu.
 |
Pokok tanpa daun, disinari lampu jalan. |
 |
Ukiran di hadapan sebuah apartment di tepi Sungai Sumida. |
 |
Bergambar di bawah jambatan. |
 |
Di hadapan Sensoji Temple. |
 |
Besarnya tanglung tu... |
 |
Kecik je kedai makan ni but still, ade delivery service. |
 |
Unik motor delivery ni. Ada 3 roda & ada bumbung. |
 |
Kaki lima di hadapan deretan kedai. Sangat susah nak nampak rumput kat Jepun ni. |
 |
Kelihatan seperti baru pulang dari kerja orang Jepun ni. |
 |
Kenderaan paling popular di Jepun B A S I K A L ! ! |
No comments:
Post a Comment