Sunday, 13 May 2012

Kembara di Kota London - 7 April 2012 (Hari Kedua)

Hari kedua bermula dengan saya bangun seawal jam 3 pagi waktu tempatan. Kalau nak diikutkan, memang awal pun saya bangun ni. Mana tak nya, jet lag!! Usai solat Subuh yang pertama di kota Eropah ni, saya tak tau nak buat apa. Rakan-rakan yang lain sibuk sediakan bekal untuk dibawa semasa perjalanan hari ini. Saya hanya mampu melihat sebab memang tak bawa apa-apa bekal makanan dari Malaysia melainkan biskut. Ok, lepas bersiap, kami semua ke rumah warden Malaysia Hall London yang berada di tingkat 5 bangunan ni. Alhamdulillah, kami dihidangkan dengan nasi goreng, mi goreng & teh O panas sebagai sarapan. 

Tengah sediakan bekal roti tuna. Saya bawak biskut je. :)

Pemandangan perumahan di Bayswater dari bilik saya.


Paling kanan sekali, En. Azman, Warden Malaysia Hall London.

Isteri En. Azman.

Semua dah ready nak pusing-pusing London.




Selesai sarapan, kami semua menuju ke Bayswater station, bukan untuk menaiki tren tetapi hanya sekadar untuk membeli Oyster Card. Kad ni boleh digunakan sekiranya anda ingin menaiki bas dan tube di sepanjang 6 zon yang ditetapkan. Harganya sangat berpatutan.



Sejuk! 2 degree Celcius!

Sekitar Bayswater.

Sepanjang jalan ke Bayswater station, banyak banyak kedai souvenir tapi pemiliknya nampak je Muslim, Hindu sebenarnya.




Masing-masing tengah keluarkan duit untuk beli Oyster Card.


Oyster Card!!!

Its FREE!!

Ok. Ni pondok bas. Nampak je simple tapi sangat kondusif. Kalau nak naik bas tanpa menggunakan Oyster Card, boleh beli tiket kat tepi tiang sebelah kanan ni. Guna mesin je :)


Dari Bayswater, kami menaiki bas ke Westminster Abbey. Di sana terletaknya monumen-monumen bersejarah seperti Big Ben, Houses of Parliament & banyak lagi la.


Semasa dalam bas ke Westminster Abbey.

Pemandangan luar. Bangunan di sini memang cantik.

Arrived!


Inilah gereja berlangsungnya perkahwinan diraja Prince William & Miss Catherine Middleton.










Big Ben!!












Selesai di West Abbey & Big Ben, kami terus ke jeti Thames River untuk menaiki river cruise. Terdapat banyak bangunan bersejarah di sepanjang sungai ini.



Kaunter tiket river cruise.

Queue untuk masuk boat.

Eye of London.




Dalam boat pun ada coffee bar.

London Bridge is falling down, falling down~

Kapal perang yang dijadikan muzium.


Berlatar belakangkan Tower Bridge.

Tower Bridge.

Turun di sini.



Ok, tiba di Tower Millenium Pier, kami semua berehat sebentar untuk menikmati makan tengahari. Haa, tadi wife En. Azman dah siapkan bekalkan kami dengan makanan. So, takde la bazir duit untuk lunch ni. Hehe. After lunch, terus kami menuju ke Liverpool Street Station untuk ke Camden Town.


Selamba jerr bukak bekal kat tengah-tengah ramai orang ni. We're Malaysian! Hahaha

Ramai tengah queue untuk beli entrance ticket ke Tower of London.








Dari Liverpool Street, kita ke Moorgate.


Tiba di Moorgate, naik tube ke Camden Town.



Tiba di Camden Town.


Inilah Camden Town. Sesak kan?



Memang banyak kedai macam ni kat Camden Town. Semuanya cantik & harga pun berpatutan.

Walaupun sesak, mereka masih patuh kepada undang-undang.

Kat kawasan ni, semuanya makanan dari pelbagai negara. Macam-macam makanan boleh dijumpai di sini. Halal? tak pasti :)


Kagum dengan gerai ni. Buah oren yang dijual sangat fresh. Hanya squeeze buah oren ni dengan mesin khas, terus air perahan tu dibotolkan.

1 pound only :)

Sesak! Kalah Jalan TAR.

Fresh fruits! Kitorang bantai makan strawberry je.

Teringin nak masuk tapi tak sempat.

Dah puas berjalan di Camden Town, terus kami menuju Regent's Park untuk berehat. Sungguh tenang suasana di sini. Nyaman. Bersih. 















Layan strawberry :)




























Ok, after dah puas pusing-pusing dan bersantai kat Regent's Park, kami semua berangkat pulang ke tempat penginapan. Masa jalan kaki nak ke Baker Street Station, kami semua lalu depan Madame Tussauds! Ala,,,,,,rugi tak dapat nak masuk. Lain kali la :)






Jual bunga tepi jalan, tapi boleh bayar guna kredit kad. Mantap kan? :)

Masa untuk tidur!

Alhamdulillah, selesai perjalanan hari kedua :)





No comments:

Post a Comment