Monday, 9 April 2012

Kembara di Kota London

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful.

Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, dapat juga saya menyambung penulisan saya di blog ini setelah hampir setahun, saya tidak menulis apa-apa di ruangan ini. Kali ini, sekadar perkongsian bersama, ingin saya paparkan perjalanan atau kembara saya ke kota London yang masih lagi berlangsung pada ketika ini.

Syukur ke hadrat Allah, saya diizinkan oleh-Nya untuk mengembara ke sebuah lagi negara yang tidak asing di dunia ini. Perjalanan ini dimulakan dengan ajakan dari sahabat saya, Fariz Zaki yang ingin membuat Global Outreach Program ke New Zealand pada awalnya. Apakan daya, keinginan untuk ke sana terlalu tinggi tetapi kurangnya nilai akademik dari sudut kejuruteraan elektrik membuatkan kami sebulat suara untuk menukar tempat dan akhirnya, kota London dipilih sebagai destinasi untuk kami laksanakan program ini. Alhamdulillah, cadangan kami diterima dengan baik oleh Dr. Fauzan Khairi Bin Che Harun, pensyarah pengiring untuk program ini.

Saya dilantik sebagai Timbalan Pengarah dalam urusan pelaksanaan dan persediaan untuk program ini tetapi setelah beberapa ketika, saya dengan rendah diri meminta jasa baik Pengarah program (Fariz Zaki) untuk menurunkan jawatan saya ke Bendahari atas sebab komitmen saya kepada perkara lain harus diutamakan. Syukur permintaan saya diterima. Pelbagai cara telah dilakukan hanya untuk mencari penajaan bagi melaksanakan program yang memerlukan kos yang amat tinggi. Alhamdulillah, dapat juga saya kumpulkan RM5, 000.00 untuk self-budget seperti yang dirancang.

Tarikh pelaksanaan program ini adalah 6 hingga 15 April 2012, bersesuaian dengan takwim UTM yang mana pada ketika ini, sedang berlakunya cuti semester. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang berada di sana. Justeru, untuk liputan yang lebih mendalam, akan saya paparkan pada entri yang seterusnya :)

No comments:

Post a Comment