Monday, 9 April 2012

Kembara di Kota London - 6 April 2012 (Hari Pertama)

Perjalanan ke London bermula dengan saya tidak tidur malam sebelum berlepas ke sana. Penangan dari Test Engineering Science memang sedikit sebanyak membuatkan saya resah gelisah, masakan tidak, hati dah sampai ke London tapi jasad masih lagi memikirkan tentang nak jawab test. Ok mari kita abaikan pasal test ni.

Jam 3.00 pagi, tugas saya bermula. Wake-up call kat semua peserta program. Then dalam 4.30 pagi, Fahmi datang ambil saya di S33, KTC dan terus menuju ke tempat berkumpul di Arked Kolej 9. Alhamdulillah semua dapat berkumpul dalam jam 4.45 pagi dan bas pun datang seperti yang dijanjikan. Terus kami berlepas meninggalkan varsiti tercinta pada jam 4.55 pagi. Sampai sahaja di Senai International Airport, kami sedikit kecewa kerana kaunter daftar masuk masih belum lagi dibuka. Takpe la, mungkin ada urusan lain yang harus mereka lakukan. Jam 5.45, baru kami semua menuju ke kaunter daftar masuk sebaik sahaja ia dibuka. Bila tengok queue line, alahai panjangnya. Saya pun apa lagi, dengan selamba menuju ke kaunter dan meminta untuk dibuka satu kaunter khas untuk kami daftar masuk kerana kami ingin membuat daftar masuk secara berkumpulan. Alhamdulillah, permintaan diterima. Urusan daftar masuk berjalan lancar. Saya pula ambil kesempatan untuk timbang beg saya. Pergh! 19.2 kg! Entah apa yang berat sangat dalam beg tu. Selesai daftar masuk, kami menuju ke Balai Perlepasan & kami terus menunaikan solat Subuh. Kemudian, sekitar 6.40 pagi, kami semua dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat Malaysia Airlines MH1034.


Tiba di Kolej 9.

Joe, Shah, Munzir, Dr. Fauzan.

Watching the flight details.
Akak tu memang sangat friendly. Thanks akak MAS!
Si Pendek tuan Pengarah :)


Beli roti untuk semua sebagai sarapan.

MH1034 ready for take off!

Isi borang pre-mortem.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di KLIA International Airport pada jam 7.40 pagi. Terus kami menuju ke pintu C36 yang berada di Bangunan Satelit. Kemudian, kami telah diberi sedikit taklimat oleh Dr. Fauzan berhubung dengan keselamatan sejurus tiba di Heathrow nanti. Sepanjang perjalanan yang memakan masa 13 jam tanpa henti di dalam pesawat Malaysia Airlines MH004, Alhamdulillah perjalanan yang panjang langsung tidak terasa akan kebosanannya. Layanan yang diberi oleh pramugari dan pramugara memang sangat istimewa. Makanan yang sedap ditambah pula dengan in-flight entertainment yang diberikan sudah cukup untuk memberi kepuasan.

Dari pintu B4 menuju ke pintu C36

Menunggu aero train

Bersama Dr. Fauzan Khairi Bin Che Harun, pensyarah pengiring.
Taklimat program oleh Piqah.

Taklimat dari Dr. Fauzan.

Menunggu untuk dipanggil masuk.
Saat yang ditunggu-tunggu.

Perjalanan yang sangat selesa, lagi selesa kalau dapat naik 1st class :)




Pemandangan pesisir bandar Canterbury.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Lapangan Terbang Heathrow, London pada jam 4.30 petang waktu tempatan. Terus kami menuju ke surau untuk melaksanakan solat Zuhur dan Asar. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Bayswater dengan menaiki London Tube. Bayswater, di situlah terletaknya Malaysia Hall London dan untuk pengetahuan, kami semua akan menginap di sana sepanjang tempoh kami berada di London.

Balai Ketibaan Heathrow Airport, London.

Bergambar di Balai Perlepasan.

Penat.

Bersama Munzir di hadapan multi-faith prayer room.

Sempat bertanya tentang pembelian simkad di London.

Piqah & Dr. Fauzan tengah queue untuk beli Group-Day Pass.

Masing-masing bawa barang macam nak duduk setahun kat London ni.


Banyak giler gerabak. Kalau nak compare dengan komuter,,,hurmmmmmmm

Pemandangan kawasan perumahan di London.

Using Piccadilly Line to South Kensington.

Tiba di South Kensington, changing to Circle Line to arrive Bayswater.

Alhamdulillah, Bayswater Station.

Haa, ni la first picture yang aku ambil after kuar dari Bayswater Station. Excited!! Tak tau kenape. Subway kat belakang tu halal ye. The only halal Subway!

Sangat banyak kedai makanan halal di sini.

Ramai juga orang di sini.

Menuju Malaysia Hall London.

Arrived!

Pemandangan di hadapan Malaysia Hall London.

Semangat 1Malaysia di serata dunia!

Room for two. Sebilik dengan pengarah program.
Menu pertama di London, nasi ayam!


Post-mortem


Ready untuk bersiar-siar di waktu malam.






Tamat untuk hari pertama. Alhamdulillah!