Thursday, 24 February 2011

UTMost Imagination 2011

Wah...letihnya hari ni. Pagi tadi dalam pukul 4 pagi baru tido. Then pukul 7 dah bangun, thanx Cik Mida sebab tolong kejut. Terus pergi mandi & solat Subuh. Pukul 8 ade kelas. Alhamdulillah sepatutnya kelas habis pukul 10, tapi Dr. Ridzwan lepaskan dalam pukul 9.30. Best betul Dr. Ridzwan ni. Die suruh kitorg 2SEE 02 ni masuk Robocon Competition masa UTMost Imagination 2011 nanti. Dalam kepala aku, dah terbayang nak build satu robot yang mantap+superb. Siap imagine aku menang pulak tu. Haish, teruk betul an. Belum pape, dah fikir nak menang. 

Apa tu Robocon sebenarnya? Aku pun tak reti nak cerita sangat sebab aku tak pernah terfikir nak join team Robocon UTM. Ye la, budak electrical power cam aku ni, bukannya minat sangat pasal electronic. Huhu.Tapi best gile kalau dapat join team Robocon. Cam tahun lepas, depa semua ni bertanding sampai peringkat antarabangsa, lawan kat Cairo. Best la tu dapat jugak free-free pergi Egypt. Tapi one thing yang semua orang kena tahu, kalau nak masuk team Robocon, anda kena pegang satu prinsip iaitu " hidup matiku hanyalah duduk di lab Robocon". Bosannya kalau life camni.

Tahun lepas masa competition kat Egypt, semua peserta kena bina piramid Kufu tapi tahun ni berbeza sikit. Memandangkan international level competition akan berlangsung di Thailand, so temanya berubah sikit. Semua peserta kena bina Loy Kratong. Huhu. InsyaAllah, sempena UTMost Imagination 2011 ni, aku akan masuk bertanding. Mana la tahu kalau menang, entah-entah nanti free je dapat masuk team Robocon UTM. Hehe..Wish ME Luck!!

Ni masa 2010, they have to build up a Kufu pyramid.

Haa..ni untuk tema tahun ni..Loy Kratong!

2 comments:

  1. Masuk2...reka la robocorn yg boleh masak ke..
    senang skit..haha

    ReplyDelete
  2. amboi...nak senang keje nampak...hehe

    ReplyDelete