Friday, 25 February 2011

Saya sayang UTM!

Saya sangat-sangat terpanggil untuk menulis perkara ni. Anda memilih untuk berjuang demi mahasiswa tetapi menggunakan isu agama sebagai asas perjuangan. Bagi saya, tidak salah untuk anda menggunakan isu agama sebagai asas perjuangan tetapi janganlah sampai menyalahgunakan asas ini. Di UTM sekarang ni, walaupun Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa telah pun berakhir, tetapi saya berpendapat ianya masih belum selesai. Mengapa saya berkata sedemikian? Lihat saja di Facebook dan mana-mana laman blog mahasiswa UTM, ada saja perbalahan antara merah dan oren.

Saya melihat, pihak oren menganggap seolah-olah pihak merah tiada agama dan tiada akhlak. Jikalau anda merasakan sedemikian, maka sertailah mereka di pihak merah dan perbetulkan mereka. Tak salah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain terutamanya sesama saudara Islam kita. Lihat saja di Malaysia kini, orang Islam berpecah kerana ada banyak perbezaan pendapat dan ideologi. Jika kita di kampus pun sudah disemai dengan amalan sebegini, percayalah, Islam kita hanya pada nama. 

Saya lihat, mereka yang bertudung labuh hanya berkawan dengan mereka yang juga bertudung labuh sahaja. Sama juga pada mereka yang selalu berkopiah putih dan rajin ke masjid, mereka ini hanya berkawan dengan mereka yang sama seperti mereka. Apalah salahnya jika mereka yang bertudung labuh ini berkawan dengan mereka yang tidak bertudung, kemudian nasihatkanlah si dia yang tidak bertudung ini supaya menutup aurat dengan sebaiknya. Kalau yang rajin ke masjid, ajaklah rakan di blok kolej kediaman supaya sama-sama kita solat berjemaah di surau atau masjid. Jangan memaksa dalam berdakwah. Tidak semua orang mampu berdakwah. Mungkin hari ini kita mengajak rakan kita ke masjid tetapi diendahkannya, jangan putus asa. Teruskanlah berdakwah mengikut saluran yang betul.

Saya amat berharap, dengan berakhirnya Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa ini, sama ada di pihak oren atau pihak merah, kita semua dapat merapatkan semula ukhwah yang sudah sedia terjalin. Janganlah disebabkan ego, persahabatan anda semua terputus hanya kerana perbezaan ideologi. Saya tidak mahu melihat bumi UTM ini berlaku pertumpahan darah seperti yang berlaku di UPM. Saya sayang UTM.

2 comments:

  1. Hmm..awak,saye sentiase di belakang awak okay..!
    Saye stuju part yg org yg tduh labuh kawan ngn tdg labuh je..

    ReplyDelete