Haa...tak tau la kenapa dengan aku hari ni...rasa rindu giler-giler kat family..hurm, tadi dah kol my mum & dad, ok la tu..hilang sikit rasa rindu...sejak masuk STAR tahun 2003, then 2008 masuk Kolej Matrikulasi Kedah & Universiti Teknologi Malaysia tahun 2009, bile total up, dah dekat 8 tahun aku hidup merantau.Utara hingga ke selatan, termasuk Malaysia Timur, semuanya aku dah jelajah tapi keseronokan berada di seluruh pelusuk negara tidak dapat dibandingkan dengan keseronokan berada di rumah.
Walaupun kat rumah takde astro untuk aku tengok tv 24 jam, walaupun kat rumah takde kereta untuk aku ke mana-mana tapi aku rasa sangat bahagia biler ade kat umah. Aku bole ajar kakcik buat math, bole ngusik-ngusik ilan, boleh share problem dengan ayah & mama, ade along yang reti nak bergurau je, ade baby (ni baby yang dah besar gile, bukan baby baru lahir) yang tau nak duk dalam bilik je & ade nenek yang semakin uzur dimamah usia.
Sedih, hiba, pilu. Atuk dah takde. Serius sedih. Aku rasa dalam hidup ni, atuk la yang paling paham perangai aku & sebenarnya, perlakuan aku dalam hidup ni banyak dipengaruhi oleh Atuk. Aku suka tengok cara die berpakaian, suka cara die berfikir, honestly takde sape boleh ganti tempat Atuk. Atuk, ijat rindu giler kat Atuk sekarang ni. Dah hampir 8 tahun Atuk pergi. Masa Atuk pergi, ijat tak sempat nak tatap wajah Atuk untuk kali terakhir. Last ijat pandang Atuk, masa tu Atuk hantar ijat kat Stesen Bas Klang sebab ijat nak balik Ipoh. Ijat ingat lagi, kali terakhir ijat lambai kat Atuk & Atuk tenung ijat masa tu. Kalau la ijat tau tu kali terakhir ijat jumpe Atuk, ijat akan peluk Atuk kuat-kuat. Masa Atuk meninggal, takde sape pun yang bagitau ijat. Masa tu, ijat rasa cam semua orang kejam giler.
Sekarang, dah hampir 8 tahun Atuk takde kat sisi. Atuk, ijat doakan supaya roh Atuk tenang di sana. Semoga roh Atuk ditempatkan dalam kalangan mereka-mereka yang soleh. Atuk, ijat sayang Atuk, ijat rindu Atuk.
Ni masa birthday atuk, tahun 1997.
Atuk in police dress with his Lambretta.
Masa wedding ayah & mama.
AMIN...
ReplyDeleteAwak..nant bawak la saye melawat pusara arwah atok..
Jangan lupe sebelum tdo sedekah Al-Fatihah dlu tau..
Semoga arwah atok tenang di sane..
dah 6 tahun saya tak lawat pusara atuk =(
ReplyDeleteJangan sedey awak..
ReplyDeleteBe strong..cucu atok kene kuat kan..
Yang penting..sentiase doakan untuk atok tau..
ok dear
ReplyDelete