Friday, 5 August 2011

My Japan Trip - Day 3 (8 Mac 2011) - Part 2

Selesai di Ueno, kami semua bergerak ke Stesen Tokyo. This is the centre part of Tokyo, where the Imperial Palace were placed. Tapi, sangat menghairankan kami semua, ni central Tokyo tapi sangat-sangat lengang. Cam takde orang je. Sunyi. Seronok kalau dapat hidup dalam bandar camni. Aman. Tenang. Kemudian, kami terus ke Imperial Palace. Takde entrance fee. Takde apa pun dalam Imperial Palace ni, cuma sedikit-sebanyak, boleh la tahu tentang sejarah pembinaan istana ni.

Bangunan pencakar langit tumbuh melata di sini.

Perjalanan ke Imperial Palace.

Pelik. Apsal aku buat peace? Hahaha

Pokok tanpa daun.

Gambar dah cantik tapi apsal la aku tutup mata masa ni. Adoi :(

Bahagian luar Imperial Palace.

Pintu masuk kedua Imperial Palace.

Berlatar belakangkan kota metropolitan Tokyo.

Pintu Kebal namanya ni. Sangat kukuh tapi takde sejarah tentang pembuatannya. 

:)



Berlatar belakangkan pohonan bonzai yang usianya mencecah ratusan tahun.

Taman di dalam Imperial Palace. Banyak daun yang gugur.


Sempat bergambar dengan guard kat sini. Bangunan kat sebelah kanan tu, rest house dan di situlah kami menunaikan solat Zohor dan Asar. Solat atas kerusi panjang sebab takde alas.

Pokok sakura..ye ke?? Tak berapa pasti.

=)

Cantikkan?

Warna pink pun ada.

Di bahagian luar istana ni,. ada cam kolam dan sangat banyak itik dan angsa kat sini.

Background tak cantik sangat. Haha.

Sempat bergamabr di sebuah taman, opposite dengan Imperial Palace.


Pas masuk.


Cleaner di Imperial Palace.

Wee~

Tuesday, 19 July 2011

My Japan Trip - Day 3 (8 Mac 2011) - Part 1

Hari yang ketiga untuk trip GOP ini bermula. Bangun je pagi, rasa best je. Suhu badan dihangatkan dengan bantuan heater. Mulanya ingatkann aircond, heater rupanya. Haha. After dah bersiap-siap, kami semua bergerak ke stesen Asakusabashi. Kak Tim dah menunggu di sana. Then, kami beli tiket untuk ke Ueno.

Bergambar di hadapan Anne Hostel.

Ramai yang menggunakan perkhidmatan tren. Cepat dan efisyen.

Kaunter tiket pun banyak. Tak perlu nak beratur panjang.

Semuanya beratur. Disiplin!

Sampai di Ueno, kami menunggu kedatangan Kak Fatin pulak. Sambil-sambil tu, sempat jugak la bergambar kat stesen ni. Stesen ni agak besar berbanding dengan stesen-stesen yang lain. Siap ada shopping complex kat stesen ni. Haa. ada kedai Hard Rock. Lia ade pesan suruh belikan t-shirt. Tapi kedainya tak bukak lagi. Jap lagi lah aku beli. After tersesat seketika, kami teruskan perjalanan ke Tokyo National Museum. Macam biasalah kalau dah nama muzium, confirm la banyak artifak kat dalam tu. Tapi muzium ni sangat cantik. Tamannya bersih. Bangunannya tersergam indah.

Suasana di stesen Ueno.
Real sakura tree.
Segan gila masa ambil gambar ni. Semua orang pandang. Hahaha.

Sebelum sampai ke Tokyo National Museum, anda akan melalui sebuah taman. Cantik!

Pandang belakang terus. Hahahaha.

Lompat, jangan tak lompat!
Harga tiket untuk masuk ke muzium, 400 Yen.
The main building of the museum (Honkan - Japanese gallery)
The other building of the museum. Hyokeikan - (Asian gallery)

Picture with some Japanese who works there.

Kami ni memang suka bergambar. Hehehe.

Lepas dah tengok artifak dan segala apa yang ada dalam muzium ni, kami masing-masing lepak di laman muzium sementara menunggu waktu makan tengahari. Memang kami habiskan masa dengan bergambar, sebab dah tak tau nak buat apa.
Masing-masing tengah tahan sejuk. Sayyidi je bajet panas. Hahaha.

With Haffiz and Dr. Yahya

Delegasi UTM ke Tokyo National Museum.

Di hadapan Hyokeikan.

Style kan?

Dr. Yahya yang ajak Japanese tu untuk bergambar. Boleh tahan jugak Dr. Yahya ni.

Kalau dah takde kerja, ni la jadi nya. Hahaha.
Yang retak tu, bukan sebab saya ni berat ye.
Sampai waktu makan, kami untuk santap je la bekal yang dah dimasak pagi tadi. Bihun Goreng.

Telan je. Sedap ke tak, tu belakang kire. Haha.

Kemudian, kami bergerak semula ke stesen Ueno. Dalam perjalanan, macam-macam jugak perkara yang berlaku. Bergambar dengan ikan paus, sesat sekejap & alamak, lupa dah. Takpe lah, biar gambar-gambar di bawah ni menceritakan pengalaman aku.

Malu bertanya, sesat jalan.
Boleh pulak ada ikan paus kat bandar ni.


Belakang tempat kami duduk tu kolam air. Nasib la tak jatuh ke belakang.  Dah la licin tempat duduk tu.

Peace yaww!