Wednesday, 13 July 2011

My Japan Trip - Day 2 (7 Mac 2011) - Part 2

After dah selesai immigration, ambil luggage, kami pun keluar daripada Arrival Hall. Alhamdulillah, tiada masalah timbul sepanjang berada dalam kawasan "Immigration Checking". Then, aku sebagai AJK Penginapan & Pengangkutan diarahkan untuk mencari di mana stesen tren yang terdekat untuk ke suatu tempat yang dinamakan Asakusabashi sebab Dr. Zukarnain, Pegawai UTM di Jepun sedang menunggu di sana. Dah la tak pandai bahasa Jepun, papan tanda pun kebanyakannya dalam bahasa Jepun. Aduh. Camne ni. Pusing punya pusing, jumpa la kaunter tiket tren ekspres. Aku pun dengan selambanya tanya dalam English. Nasib baik orang tu paham. Hehe. Pastu, kami disuruh untuk ke kaunter tiket di tingkat bawah. Kami pun turun dan beli tiket. Masa nak cross terminal gate, aku pun masukkan la tiket yang dah dibeli. Asal aku masuk je, mesin tu tak nak accept. Aku dah pening. Camne ni. Tanya kat guard yang ada, dia pulak tak paham English. Ahh sudah. Then dia mintak tiket. Rupanya, kami salah terminal. Hahahaha. Pastu, dengan selambanya dua orang pakcik guard ni suruh kami lari cepat-cepat. Kami follow je la. Dah la luggage semuanya besar-besar. Kami pun cepat-cepat ikut guard tu, turun ke terminal di tingkat yang paling bawah. Rupa-rupanya, dia takut kami terlepas tren. On ticket, time depart on 0824, aku tengok jam, dah pukul 0823. Satu benda yang anda semua kena tahu, sistem tren di Jepun sangat punctual. Kalau kat tiket tulis 0824, means bukannya tren sampai 0824, tapi tren akan bergerak pada 0824. Memang sangat punctual.

08:24 (departure time). 1130 tu harga tiket (1130 Yen = RM43.00)

Wajah-wajah keletihan, baru lepas berlari. Hahaha. But still, kami ceria =)

Tren sampai dan kami pun naik la. Masa kami mendarat tadi, kat Narita ni memang tengah hujan. Agak lebat jugak sebenarnya. So, masa dalam tren ke Asakusabashi, hujan kelihatan renyai-renyai. Sedikit sebanyak dapat jugak la tengok pemandangan. Sangat cantik. Bersih. Kalau naik komuter kat Malaysia ni, kiri kanan confirm nampak lalang, sampah. Tapi kat Jepun, semuanya bersih. Dalam perjalanan, ada seorang rakyat Malaysia ni tegur kami. Dia pun baru sampai dari Malaysia. Agaknya, sama flight dengan kami tadi. Dia dah 2 tahun belajar kat Jepun. Balik Malaysia sekejap sebab ada hal. So, dia yang banyak ajar aku untuk baca peta tren kat Jepun. 

Pening tak tengok peta tren kat Tokyo ni? Hahaha.

Ni la orangnya (dua dari kanan). Sorry bro, aku dah lupa nama kau. Huhu.

Dalam tren ke Asakusabashi.

Haa. Aku sedang menelaah peta tren yang ada kat atas tu.

Orang-orang kuat aku dalam JKM KTC 2010. Shah. Nadia (Exco). Zaza (S/U).  
Lebih kurang jam 10 pagi (kalau tak salah la), kami sampai di sebuah stesen sebelum menaiki tren yang lain untuk ke Asakusabashi.

Semua nampak letih.

Then, kami teruskan perjalanan ke Asakusabashi. Setibanya kami di sana, semua pening. Tak tau nak buat apa. So, dengan panduan arah yang Dr. Zu dah bekalkan, kami pun keluar dari stesen Asakusabashi. Masa tu, semua tak pakai glove and snow cap. Belum sempat kami menaiki tangga untuk keluar dari stesen tu, aku dengan selambanya jerit, S A L J I ! ! Hahahahaha. Terus kami semua pakai glove & snow caps, Tak fikir dah pasal orang keliling. Kami terjah! Hahaha. Seronok gila padahal saljinya takde la lebat mana pun. Hahaha.

Alhamdulillah, kami diberi kesempatan untuk merasai salji yang original. Turun dari langit punya~

Suasana mendung. Nampak je kat belakang tu sibuk dengan kenderaan, tapi suasananya, senyap je. Takde hiruk-pikuk cam kat Malaysia.

Kemudian, Dr. Zukarnain pun tiba. Terus kami dibawa ke Anne Hostel, tempat penginapan kami sepanjang trip ini. Dr. Zu minta kami untuk drop luggage dulu, then ada briefing sikit, sebelum kami dibawa untuk santapan tengah hari. On the way nak ke Anne Hostel, macam-macam benda aku jumpa.

Bersih. Susah nak cari sampah.

7E pun ada bank tau. Huhu.

Parking basikal berbayar.

Parking bertingkat.

Ni la jalan untuk sampai ke Anne Hostel.

Tadaaa~ Ni la Anne Hostel. 


Aku dan Sayyidi tengah uruskan untuk drop luggage.
Ok. Selesai drop luggage, kami pun bergerak semula ke Stesen Asakusabashi. Sebelum sampai, Dr. Zu pesan suruh beli payung kat 7E. Kami pun beli la ramai-ramai. Unik, payungnya lutsinar. Then, sampai kat stesen, Dr. Zu bagi short briefing pada kami semua. Macam-macam peringatan yang diberikan. 

  • Jangan sebut cincin dan mangkuk (cari sendiri mengape ye..huhu).
  • Dalam tren, jangan bercakap sesama kawan, eventough bercakap guna telefon, still tak boleh. 
  • Kalau demam atau selsema, wajib pakai mouth mask.
  • Berjalan dengan pantas.
  • Ada banyak lagi tapi aku tak ingat. Hehe.
Ni la Dr. Zu. Briefing session.


With Farid.

Then, selesai briefing, Dr. Zu bawa kami naik tren untuk ke Asakusa. Sampai di sana, Dr. Zu bawa kami ke satu kawasan bazar ala-ala Petaling Street. So, Dr. Zu tanya nak makan apa, kami jawab, "Apa-apa la Dr. Asalkan halal". Aku tengok dia pun dah lapar, dia bawa kami semua ke Mc'Donalds. Aduh, dalam hati cam tak yakin. Tiba-tiba Dr. Zu cakap dengan aku. "Yakin je makanan ni halal. Kat sini memang takde makanan halal. Kalau tak, kamu jugak yang sakit. Jangan skeptikal sangat". Eh, cam tau je yang aku ni tengah tak yakin. Haha. Dr. Zu suggest amek Fillet-O-Fish or Ebi Filet-O (burger udang). Aku pun ambil set Ebi. Memang burger ni hanya dijual di Jepun. Pelik. Mc'd kat sini tak macam kat Malaysia. Air tak boleh refill, pastu takde sos cili. Sos tomato je yang ade. 

Outside of the restaurant.
Inside the restaurant. Cashier sangat peramah. Sopan. Walaupun customer tengah ramai masa ni, tapi dia tak kelam-kabut

Ebi Filet-O set with hot coffee. Cawan coffee ni regular size, tapi sangat besar .
Selesai makan, aku pun beredar la. Sekali,aku perasan. Apasal semua Japanese ni pandang aku semacam je. Dr. Zu dah gelak-gelakkan aku. Rupa-rupanya, after makan, kita kena buang sendiri semua cawan & pembalut makanan yang dah digunakan. Patut la Jepun ni bersih. Rakyatnya memang sangat berdisiplin.


Dr. Zu tengah buang segala sisa makanan. 
Ni la bazar ala-ala Petaling Street yang disebut tadi. Macam-macam souvenir boleh dapat kat sini.  Harganya tak la mahal sangat.
Just beside the bazaar, ada satu temple yang sangat besar dan terkenal di Jepun iaitu Sensoji Temple (Asakusa Kannon Temple). Masa ni, Dr. Zu kena balik dulu. Ada hal katanya. Takpe la. Kami survive sendiri. Hehehe. Not bad here. Bangunan warisan yang terletak di tengah-tengah kesibukan ibu kota. Sepanjang jalan menuju ke temple ni, ada banyak gerai jual cenderamata. Cuma di sini, kita takkan dapat macam souvenir kat Malaysia. Kalau di Malaysia, dalam 1 bungkus, ada la dalam 10 keychain. Kat Asakusa ni, takde istilah jual souvenir secara bundle. Keychain paling murah pun dalam 150 Yen = RM5.70. Memang fikir tiga kali, nak beli ke tak. 

The Sensoji Temple.

Delegasi KTC ke Jepun. Kurang sorang. Sape?? Of course la cameraman. Hehe.

One of the tower.



First time dalam hidup aku beli payung.





After dah puas pusing-pusing kat temple ni sambil tengok-tengok souvenir yang ada, kami bergerak semula ke stesen tren untuk ke tempat lain. So, kami pilih untuk ke Edo-Tokyo Museum. Turun di stesen Ryogoku, cuma berjalan kaki dalm 5 minit, sampai la kat muzium tu. Aduh, bila dah sampai, tengok-tengok, muzium tutup pulak hari ni. 


Bergambar di hadapan Edo-Tokyo Museum
 Kemudian, kami pulang semula ke Anne Hostel. Make full payment, ambil kunci dorm, then kami berehat. Yang aku ni pulak, risau.. Camne nak call Ayah & Mama. Pergi tanya kat receptionist, alhamdulillah, ada dijual phone card. 1 kad berharga 1000 Yen. Ok la tu. Tak kisah la mahal ke murah, asalkan dapat bagitau parents yang aku dah selamat sampai kat sini. Then, aku pun call 4 orang, (Ayah, Fatin, Mama Fatin and Cg. Joe) rasanya. Tak berapa nak ingat la. Hehe. On the night, member-member aku ni duk pakat nak masak. kat hostel ni complete. Siap ada dapur lagi. Menu makan malam:

nasi goreng
telur dadar
teh'o panas
kicap Jalen (import dari Malaysia). Hahahaha

Mencari-cari perkakas yang sesuai.

Chef Sayyidi & Chef Hassan.

Wajah-wajah kelaparan.

Siap ada serunding lagi. Hehehe.


My Japan Trip - Day 2 (7 Mac 2011) - Part 1

Sepanjang dalam flight, aku tak tidur langsung. Excited agaknya nak sampai Jepun. Aku duduk dengan Sayyidi. Selak-selak katalog yang ada sambil layan in-flight entertainment. Memang superb la. Movie, news, songs..semua ada! Then, bila tengah selak-selak katalog, aku nampak teddy bear pilot yang aku rasa, ok jugak kalau bagi kat Fatin. So, without thinking the price, terus panggil stewardess and aku beli sekali dengan key-chain yang Kak Zati pesan.

For her. =)
Actually this is not the keychain that i bought for Kak Zati. Tapi nampak cam sama la jugak. Hehe.



Bosan jugak bila dah tak tau nak buat ape. Tetibe, lampu menyala. Stewardess hantar supper and drinks. Alahai, cam paham-paham je yang aku tengah lapar. Hehe.
Ni la Sayyidi. Asyik tidur je. Haha.

Pemandangan langit dari dalam flight.


In-flight entertainment controller.

Haa! Ni la supper yang kami semua dapat. Boleh tahan la sedapnya. Kalau dah lapar, ape pun sedap. Hehe.

Bosan pulak bila semua tidur. Huhu.

Masa semua orang tidur, aku pun mula la menulis, mencatat segala apa yang dah berlaku kat airport tadi, mengira berapa bajet yang dah guna, buat senarai penerima-penerima souvenir dari Jepun (hahahahahaha)..Then around 5.30, lebih kurang 2 jam before landing, kami dihidangkan dengan breakfast. Boleh plih either nasi lemak or omelette.. Aku pun pilih omelette. S E D A P ! ! 

Omelette. Superb seyh!
Tepat jam 7.15 pagi (waktu Jepun), alhamdulillah kami selamat mendarat di Narita International Airport. Seronok gila. Sebelum keluar dari flight, aku pakai terus sweater yang besar-macam-belon. Hahaha. Aku melangkah keluar dengan kaki kanan. Satu langkah, dua langkah dan bila langkah yang ketiga, aku mula bercakap. WOW! cakap keluar asap! Hahaha. Sejuknya jangan cakap la. Terasa sejuknya sampai ke tulang hitam.

My first picture at Japan. Yeah!!

Taken by Farid. Dalam aerotrain. Sempat pulak 2 orang kat belakang tu. Haha.

Ok. Setakat tu je untuk Day 2 - Part 1 ni. To be continue...=)


Tuesday, 12 July 2011

My Japan Trip - Day 1 (6 Mac 2011)

Bermula dari pagi, aku rasa cam tak percaya yang malam ni aku akan berangkat ke Jepun. Dalam keadaan barang & kelengkapan yang tak cukup, emosi tak berapa nak ok, aduh..... Boleh gila dibuatnya. Then, Ayah & Mama decide untuk bawak aku pergi ke Pasar Tani Shah Alam. Belilah apa yang kurang. sempat jugak aku bedal 2 helai jeans. Hehehehe. Petangnya, dalam pukul 4 petang, kami bertiga gerak ke rumah Pakteh kat Seksyen 20, Shah Alam. Dari Klang, kami gerak naik lori. So, decide nak pinjam kereta Pakteh untuk ke KLIA. Alhamdulillah, Pakteh & Makteh izinkan guna kereta dan depa pun ikut sekali hantar aku ke KLIA. Sampai KLIA dalam pukul 6.20 petang. Sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai, sempat jugak parents aku berborak dengan Dr. Yahya (pensyarah pengiring untuk trip ni). Selesai check-in dalam pukul 7.50 malam, kami semua gerak ke Food Garden, have a dinner before kami semua boarding. Waktu ni, Ayah decide untuk balik sebab tak nak sampai Klang lewat sangat. Aku pun ok kan je la, dah excited sangat nak ke Jepun. Hehehehe. Then after dinner, kami pun berpecah. Ada yang pergi solat, pusing-pusing, beli buku, tukar duit.

10 malam. Masa yang ditunggu-tunggu. Turun ke mezzanine floor. Haha. Masa nak turun escalator tu, excited giler! Padahal bukan ada apa pun. Cross immigration, scan pasport, thumbprint, hand-luggage check, body check..orait,,settle!  Hehe. Then, ingatkan naik aerotrain untuk ke 'Satellite Building', rupanya naik bas. Adoi. Takpe la. Janji dapat pergi Jepun. Hehe. Samapi kat 'Satellite Building', terus ke Gate C32.

11.05 malam, First time aku masuk dalam flight MAS. Memang best kalau nak compare dengan AirAsia. 11.35 malam, flight ni bergerak ke runway & tepat jam 11.50, MH88 selamat berlepas. Yahoo!!!


Ayah & Mama.

Together with Pakteh & Makteh.

After check-in, dapat la boarding pass yang agak cantik ni. 
Before turun ke Mezzanine floor, boleh pulak bertembung dengan group GOP Fakulti Sains ke Beijing.
At Mezzanine floor.
Arrived at Satellite Building.

Friday, 8 July 2011

Sawang Bersawang.

Dah lama tak update blog. 3 bulan dah rasanya. Quite a long period. Dah bersawang blog saya ni. Kerja-kerja pembersihan akan dimulakan. Hehehehe~