Wednesday, 7 May 2014

Awkward.

7 May. 

Really awkward day for me.

Horrible.

Yesterday, my Paklong passed away. 
May we meet again in Jannah, Paklong.

Paklong, selamat beristirehat dengan aman di sana. 
All of us will be missing you.

#AhmadBinYunus

Wednesday, 16 April 2014

Lelaki Ada Perasaan Ke?

Assalamualaikum :)

Dah lama tak menulis kat sini.

Tiba-tiba terpanggil untuk menulis entry berkaitan perasaan LELAKI.

Lelaki, mereka ego tapi kenapa bila Si Perempuan gaduh dengan Si Lelaki, cepat sahaja Si Lelaki jawab 'i mintak maaf ok?', kemudian kembali normal, walhal hati Si Perempuan sakit lagi, kan?

Sebenarnya Si Lelaki tak nak panjangkan pergaduhan ni sebab tak nak Si Perempuan sakit hati dan menangis tapi Si Perempuan, susah nak faham, mereka fikir Si Lelaki dah tak sayang lagi dah, sampai menjadi punca perpisahan.

Kenapa Si Lelaki sanggup minta maaf dekat Si Perempuan walaupun KADANGKALA mereka tak buat salah? Jawapannya senang, sebab Si Lelaki tu sayang sangat dekat Si Perempuan dan memang menjadi sifat Si Lelaki menelan apa yang dilemparkan dan memendam perasaan sakit mereka sendirian. Sampailah suatu masa, mereka dah tak tahan, Si Perempuan ditinggalkan.

Si Perempuan pula berfikiran mereka tak pernah salah dan mengapa Si Lelaki nak cari lain pula kan?

Kenapa perlu nak pendam? 
Kenapa tak luahkan dekat Si Perempuan je kan?
Kenapa nak cari lain?

Dekat situ Si Perempuan dah tersilap sebenarnya. Macam mana Si Lelaki nak luahkan apa yang mereka rasa, sakit hati yang mereka rasa sedangkan kebanyakan masa mereka memujuk si perempuan yang kerap merajuk dan terasa hati.

lambat sikit, merajuk...
tak jawab sms, merajuk....
tak jawab panggilan telefon, merajuk...
tak bawa keluar 'dating', merajuk....
lambat jawab sms, merajuk....
lambat jawab panggilan telefon, merajuk...
keluar tengok bola dengan kawan-kawan, merajuk....

Si Lelaki perlukan seseorang yang boleh faham dia. Apa yang dia suka, dia nak kongsi dengan kita dan harap kita pun suka. Si Lelaki memang suka berkawan dengan ramai perempuan tetapi dalam hati dia sentiasa ada seorang perempuan yang lengkapkan hidup dia.

kenapa Si Lelaki ramai kawan perempuan?
Sang Kekasih seorang dah tak cukup ke?

Haa, sebab lelaki nak tahu apa perasaan mereka dekat perempuan-perempuan lain ni, sama ke tidak dengan perasaan mereka towards his special woman. Kenapa kita nak hidup berpasangan?  Bagi aku, sebab aku nak bahagia dan gembira. Jadi, buat cara nak gembira, tak payah nak fikir negatif mengenai pasangan kita. Kadangkala, benda tak wujud pun kita wujudkan. 

Kadang-kadang kita yang buat diri sendiri tak gembira,menangis,sedih. Bukan orang lain yang buat sebab selalu nak fikir benda yang buruk-buruk, benda yang tak betul tentang pasangan kita.

OK. Enough about "Perasaan Lelaki".