Aku sangat-sangat rasa terpanggil untuk menulis benda ni. Hari ini, 27 Feb 2011, setelah 6 hari pengumuman keputusan calon yang menang dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 2010/2011. Aku ingatkan bila dah habis pilihan raya kampus ni, istilah EvoM & ProM akan lenyap. Rupanya tidak.
Sekarang ni semua barisan MPM yang baru sedang menjalani kursus induksi di Port Dikson dan di sana, mereka akan memilih kabinet mereka sendiri. Bila dah nak bentuk kabinet, perlu lagi ke ada istilah MPM EvoM dan MPM ProM? Ini semua kesan daripada penyokong-penyokong yang taksub. Bila dah ada barisan kepimpinan yang baru, biarlah mereka sendiri yang tentukan segalanya. Anda semua tidak berada di sana. Sekiranya informer anda tu menipu anda, dengan mengatakan sesuatu yang tidak berlaku pun di sana tetapi dikatakan berlaku, itu dah timbul fitnah. Sepatutnya anda mengkaji terlebih dahulu tentang apa yang berlaku, bukannya terus-terusan membuat tuduhan di Facebook. Anda sebagai mahasiswa yang berpelajaran tinggi, sepatutnya mengkaji dan menyelidik sebarang maklumat yang diterima sebelum membuat apa-apa kenyataan.
Saya sebagai mahasiswa di UTM berasa sangat kecewa dengan sikap segelintir mahasiswa di sini, ingin memperjuangkan sesuatu tetapi perjuangan yang langsung sama sekali tidak jelas. Apa yang ingin diperjuangkan mereka ? Ingin berkuasa? Kerana apa? Ingin tegakkan Islam? Islam yang bagaimana? Bila anjurkan aktiviti hanya puak-puak sendiri terlibat. Inikah namanya nak menaikkan Islam?
Isu mengundi guna kertas dan angkat tangan pun boleh jadi masalah. Adoi, anda mahasiswa lah!!!! Setiap cara atau kaedah tu ada baik dan buruknya. Kalau anda hanya memandang bahagian buruk sesuatu kaedah itu sahaja, memang sampai ke liang lahad pun, anda takkan fikir tentang baiknya pulak cara atau kaedah mengundi tu. Letih la nak layan cara pemikiran kolot golongan mahasiwa ini.
Haa..ni lagi satu hal, isu calon fakulti dan calon umum. Memang betul kalau nak diikutkan, adalah lebih layak sekiranya mereka yang memenangi kerusi umum untuk memegang Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi MPM. Tapi, tidak pernah tertulis di dalam perlembagaan pembentukan MPM, kalau nak jadi Presiden MPM, anda perlu memenangi kerusi umum. Bukalah minda anda mahasiswa!!!! Sekiranya mereka yang memenangi kerusi umum, semuanya mahasiswa tahun 1 atau 2 dan mereka ini tidak pernah tahu apa itu MPM atau JKM, layakkah mereka untuk memegang jawatan Presiden MPM? Sepatutnya, tak kisah la mereka menang di kerusi apa sekalipun, tetapi bagi saya, lebih baik jawatan tertinggi di dalam MPM itu sendiri, diberikan kepada mereka yang sudah ada pengalaman di dalam MPM atau pun sekurang-kurangya di dalam JKM. Calon-calon umum anda, bukan semuanya berkaliber. Ada yang pernah lari daripada tanggungjawab JKM, ada yang gila kuasa di kolej. Orang-orang seperti ini kah yang perlu diangkat untuk memimpin 22, 131 mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di UTM? Fikir-fikirkanlah...
Anak muda seharusnya tidak terikat pada fahaman yang dibentuk golongan terdahulu, sebaliknya terus menjadikannya bahan fikir sebelum meletakkan pada diri. Laungan ProM tidaklah layak dikatakan laungan anak muda (mahasiswa khususnya) kerana ia adalah laungan kitar semula - bahkan tak terpadam, dinyalakan oleh parti politik pembangkang. Merusuh, mencerca, mengakibatkan kecederaan, menimbulkan kekacauan - ternyata bukanlah tuntutan agama, bahkan ia mirip kepada tuntunan amarah. Nampaknya mereka yang mengaku terpelajar ini, terpekik-pekik tentang hal keadilan tetapi sudah melupakan prinsip Rukun Negara iaitu "Kedaulatan undang-undang" dan "Kesopanan dan kesusilaan".
Dia sorak, kita lihat,
Dia dekat, kita rapat,
Dia rempuh, kita ikat,
Dia mula, kita tamat.
Berani jual berani beli,
Jangan disanggah langkah penari,
Berani sentuh berani mati,
Jangan dicabar Evolusi.